Posted in Uncategorized

Jom Naik MRT

Selaku Warga Kajang, Bini Apak amat lah bangga dengan perasmian MRT. Lagi bangga pula bila ada sangkut paut nya dengan Prasarana. Hehe.. Acah-acah, Prasarana ni Apak yang punya! 😜

.

Plan asal, nak naik feeder bus dari rumah ni. Tapi Nenek diorang ni ajak naik dari Batu 11. Okay, kitorang terus je ke rumah mak dan sama-sama naik kereta ke stesen Batu 11.

Cantik, MashAllah

.
Pemandangan di platform

.

Happy face – Abah dan emak Bini Apak

.

Lepas tengok route, Bini Apak decide untuk beli tiket turun di Muzium Negara. Sebab, nak bagi anak-anak merasa naik tren di ‘elevated track’ dan juga ‘underground track’.

Route MRT (biru, stesen underground. Kuning stesen elevated)

.

Mudahnya beli tiket, untuk dewasa, tiket boleh dibeli di mesin. Sangat mudah. Hanya wang kertas RM1 dan RM5 sahaja diterima (buat masa ni).

.

 Untuk warga emas dan kanak-kanak, tiket boleh di beli secara manual di kaunter dengan bantuan jurutiket yang sangat sopan santun serta manis dengan senyuman. Good job, staf Prasarana. Semoga tahun depan bonus 3 bulan 😉

.

Belian tiket secara automatik, sangat mudah

.

Lepas beli tiket, boleh lah masuk ke platform untuk tunggu train.


.

Stesen ni dilengkapi dengan escalator, juga lif untuk orang kelainan upaya (OKU).

.

Tu dia.. tinggi. Sampai gayat Affan.
 

.

Alhamdulillah kekerapan tren sangat memuaskan. Setiap 7 minit, satu tren. Well done! Tak sempat nak shopping Lazada masa menunggu. Hehe 😂 

.

Schedule Tren

.

Kami tunggu di paling hujung (pangkal train) dengan harapan, dapat seat yang paling depan untuk view yang cantik. Hehe 😂 

.

Annur dengan Atok dan Nenek

.

.

Alangkah kecewa nya bila naik tren, tempat yang diidamkan telah penuh. Dipenuhi warga emas. Hehe.. eksaited semuanya nak naik MRT.

.

Annur tumpang ambil gambar kejap kat sini
Manja Annur, kejap duduk. Kejap ronda dalam MRT
Mula-mula semua duduk. Lepas tu……
Haaa.. kan dah berdiri 🤣
Affan dan Anas

.

Lupa pula Bini Apak nak tengok masa perjalanan dari Batu 11-Muzium Negara. Maaf lah ya 🙈. Tapi tak lah lama sampai anak-anak bosan dalam tren. Just nice.

.

Dah sampai di Muzium Negara, kami tak gi Musium pun. Terus je beli tiket, balik semula ke Stesen batu 11 Cheras.



Perjalanan balik lancar alhamdulillah 😍

Tengok je lah gambar-gambar diorang ni.. 🤣 memang seronok bebenar gayanya tu.

.

Hai Abam Polis
Suka sangat berdiri kat tiang
One of nice view (Pada mata Bini Apak lerrr)
Anas, Annur dan Nenek
Anas pun tak mahu duduk. Nak tiang jugaaaa
Pole dance ke Annur. Letih Abam Affan jaga kamu.
Pintu kat Underground Platform
Kat stesen Muzium Negara

.

Sesampainya kat stesen batu 11 Cheras, kami lunch di KFC Batu 11. Alhamdulillah a happy ride for the kids,  and also untuk maknya juga. Kalau Apak ada mesti lagi best 😍

.

Next post, Bini Apak nak cerita pasal feeder bus pula. Stay tuned!